TOPIK 5 : ISU-ISU KPRIHATINAN NEGARA
MENYATAKAN DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DUNIA
5.1.1 PERANAN ASEAN
ASEAN dibentuk untuk mempererat hubungan negara-negara di asia Tenggara. Selain itu, ada beberapa maksud dan tujuan didirikannya ASEAN. Berikut adalah maksud dan tujuan ASEAN. Salah satunya ialah mempercepat laju pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan pengembangan kebudayaan di wilayah Asia Tenggara. Hal ini dilakukan melalui usaha bersama dengan semangat persamaan serta persekutuan untuk meperkukuh dasar suatu masyarakat bangsa-bangsa Asia Tenggara yang makmur, aman dan damai. Yang seterusnya, memperkukuh perdamaian dan stabilitas regional yang menjunjung tinggi rasa keadilan dan norma hukum dalam hubungan antara negara di wilayah Asia Tenggara dan berpegang pada asas Piagam PBB. Meningkatakan kerja sama aktif dan saling membantu dalam hal yang menyangkut kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknik, ilmu pengetahuan dan administrasi. Selain itu, ASEAN juga saling memberi bantuan dalam bentuk latihan dan fasilitas penelitian dalam bidang pendidikan, keterampilan, teknik dan administrasi. Ia juga bekerjasama lebih efektif untuk meningkatkan pemanfaatan usaha pertanian dan industri, perluasan perdagangan, perbaikan fasilitas pengangkutan dan komunikasi, serta peningkatan taraf hidup rakyat. Memajukan pengkajian mengenai Asia Tenggara. Yang terakhir , ASEAN memelihara kerja sama yang erat dan bermanfaat dengan organisai regional dan internasional yang ada, yang mempunyai maksud serta tujuan yang sama, serta bekerja secara erat dan mantap. Dari maksud dan tujuan di atas, dapat disimpulkan bahwa ASEAN didirikan untuk meningkatkan kerja sama antara negara-negara Asia Tenggara di tiga bidang pokok, iaitu ekonomi, sosial dan budaya.
ANTARA PERANAN ASEAN
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear. • Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
5.1.2 PERANAN OIC
LOGO OIC
Ia ditubuhkan pada 1969 di Rabat, Morocco dengan keanggotaan ahli sebanyak 57 buah Negara.
2. Pejabat tetap Sekretariat di Jeddah (Arab Saudi)
3. Malaysia adalah Negara pengasas OIC
PERANAN OIC
MALAYSIA & OIC
1. POLITIK
- Terlibat dalam konflik di Palestin, Bosnia, Kosovo, Somalia dsb
2. PENDIDIKAN
- Penubuhan UIAM di Malaysia
- Kongres Islam Sedunia di Colombo 1982
- Penerapan Syariah Islam – Islamadab 1979
3. KEBAJIKAN
- Membantu Negara Islam di Afrika – Chad
- Bantuan kesihatan dan perubatan – pelarian Lubnan, Afghanistan
4. KEBUDAYAAN
- Pusat penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) di Istambul
- Sukan Negara-negara Islam di Izmir
- Pertubuhan Kebudayaan. Sains, dan Pendidikan (ISESCO) di Rabat
5. EKONOMI
- Pemberian biasiswa pelajar Islam di UIAM
- Kerjasama kewangan kepada Negara Islam yang miskin
- Eksport Negara Islam
5.1.3 PERANAN KOMANWEL
LOGO KOMANWEL
Ditubuhkan pada 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth (Ratu England) yang berpusat di Malborough House, London.
Komanwel dianggotai oleh Negara-negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan.
Keanggotaan kini ialah 49 negara anggota iaitu Negara-negara yang dijajah oleh British pada masa dahulu.
PERANAN KOMANWEL
- Menjaga kebajikan Negara anggota
- Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara anggota
- Kerjasama politik, sukan, kebudayaan dan sosial Negara anggota
- Meningkatkan pembangunan dan ekonomi.
5.1.4 MEMAHAMI PERANAN NAM
LOGO NAM
diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan dominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.
Selain itu dalam laman web Jabatan Penerangan juga ada membincangkan tentang tujuan penubuhan NAM.
PERANAN
i. Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
ii. Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
iii. Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
iv. Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
v. Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
vi. Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
vii. Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.
5.1.5 MEMAHAMI PERANAN PBB
LOGO PBB
Fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu :
1. Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama berusaha mencegah berlakunya perang dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh negara- negara di dunia dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial.
2. Bantuan-bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran diberikan kepada negara-negara yang memerlukannya seperti dalam bidang ekonomi, teknikal dan sosial.
3. Struktur PBB secara umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan-badan utama (principal organ), pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan. Perhimpunan Agung, Majlis Pemegang Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial, pertubuhan- pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam bidang-bidang khusu termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), UNESCO dan sebagainya.
4. Pertubuhan-pertubuhan cawangan pula diwujudkan atas kehendak PBB sekiranya ada sesuatu isu misalnya Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), Program Pembangunan PBB (UNDP), Pasukan Tentera Pengaman PBB di Kampuchea dan sebagainya.
5. Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada Majlis Keselamatan. Majlis ini dianggotai oleh 15 buah anggota. Lima daripadanya anggota tetap dan 10 buah negara lagi dipilih untuk tempoh dua tahun.
PERANAN PBB
- Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
- • . Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
- • Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
- • Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
- • Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
- • Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
- • Menentang dasar aparteid.
- • Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
- • Menjadi ahli Bank Dunia.
- • Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
- • Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
- • Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
- • Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
- • Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.
Alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan. Manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar. Dalam sejarah manusia, pada peringkat awal alam ini masih lagi dalam keadaan seimbang dan keadaan semula jadinya masih lagi terpelihara. Walau bagaimanapun seiring dengan perkembangan zaman di mana berkembangnya teknologi, perkembangan sektor perindustrian dan pembangunan yang dirancang dan tidak dirancang telah memberikan kesan terhadap alam sekitar.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah, membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
· Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
· Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang. Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.
KONSEP PEMBANGUNAN INSAN
Modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi nilai, etika dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi.
Menurut YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melihat pembangunan modal insan sebagai yang berikut.
- meingkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara
- memupuk minda kelas pertama, di samping penekanan akan diberikan ke arah memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral
KEPENTINGAN MODAL INSAN
Antara kepentingan modal insan adalah seperti yang berikut:
-menjana pendapatan negara
-pembangunan negara pada masa akan datang
-penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti wawasan 2020
-membantu kerajaan dalam membangunkan negara
SISTEM PENDIDIKAN
KESIMPULAN
Malaysia memegang
beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah
hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah,
tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang
menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas
adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan,
kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk
meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha
iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala
Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Kesimpulannya adalah diharapkan
Malaysia akan terus memainkan peranannya dan menjalankan tanggungjawabnya
sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan rantau ini justeru ke arah
keamanan sejagat.



































