BAB 4 : Pembangunan Negara
PENGENALAN
-Pada hari ini rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmoni dan situasi ini berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan.
RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
Maksud pembangunan ialah usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.
Secara kesuluruhannya, pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubalan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.
Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP).
RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG DAN RANCANGAN MALAYSIA
Rancangan Pembangunan Negara Berjadual:
Peringkat 1 - Rancangan Malaya 1 &2 , RMK1
Peringkat 2 - RMK2 , RMK3 , RMK4 , RMK5 , DEB
Peringkat 3 - RMK6 , RMK7 , DPN
Peringkat 4 - RMK8 , RMK9 , DWN
Peringkat 5 - RMK10 , RMK11
DASAR - DASAR UTAMA MALAYSIA
Dasar Kebudayaan Kebangsaan :
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, proses pembentukan kebudayaan kebangsaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kebangsaan atau kemalaysiaan. Pelaksanaan kebudayaan dalam negara dapat memperlihatkan sifat - sifat yang baik, mulia dan seterusnya merealisasikan pembinaan negara bangsa.
Pembentukan dasar kebudayaan kebangsaan mengambil kira tiga aspek utama :
1) Berteraskan Kebudayaan Rakyat Asal Rantau
2) Unsur - unsur Kebudayaan Lain yang Sesuai dan Wajar Diterima
3) Islam menjadi unsur pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Dasar Belia Negara:
Kerajaan dalam tempoh rancangan Malaysia ke-8 telah terus memberikan tumpuan kepada pembangunan belia kerana menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara. Bagi mempersiapkan belia menjadi pewaris yang berwibawa, Kementerian Belia Dan Sukan tealh mengatur inisiatif bagi menyediakan satu pelan terperinci untuk pertimbangan pihak kerajaan.
Pelan Integriti Nasional
Pelan integriti nasional digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persukutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
Konsep PIN:
PIN adalah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekali gus negara yang berintegriti.
Objektif PIN:Objektif PIN umum adalah unt5uk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan 'membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur'.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home